Followers

Saturday, December 31, 2011

2012



semua org sibuk sambut tahun baru CL lak sibuk....

***
....huhu...
Pray for CL ok!!


Monday, December 26, 2011

aku bersyukur!!

`、、ヽ`、ヽ 、ヽ`、ヽ`、ヽ ヽ`、ヽ、ヽ、ヽ`、ヽ、ヽ`
`、、ヽ`、ヽ 、ヽ`、ヽ Hujan Yang Renyai2...ヽ`、`、ヽ、ヽ
`、ヽ、ヽ``、、`、、ヽ`、ヽ 、ヽ`、ヽ`、ヽ ヽ`、ヽ、
`、ヽ、ヽ``、、`Membuatkanku Bertambah Syukur...、、ヽ`、
`、ヽ`、ヽ ヽ`、ヽ、ヽ、ヽ`、ヽ、ヽ``、、`、、ヽ`、ヽ
`、ヽ`、ヽ ヽ`、ヽ、ヽ`、ヽ``、Kerna...、ヽ`、ヽ、
、`、`、ヽ`、ヽ ヽヽ 、ヽ 、ヽ`、ヽ 、ヽ、`、ヽ、ヽ、ヽ、`、、
`、ヽ`、ヽ ヽ`、ヽ、ヽ、ヽ`、ヽ、ヽ``、、`、、ヽ、`、、ヽ、ヽ ヽ
`、ヽ`、ヽ`、ヽAde Tempat Berlindung Dari Kesejukan...ヽ、ヽ``、、
`、、ヽ`、`、ヽ、ヽ、ヽ、ヽ、ヽ、ヽヽ``、、`、、ヽ`、ヽ `、ヽ
ヽヽ、Sedang Ramai Orang Lain Diluar Sana Tiada Rumah
``、、`、、ヽ`、`、、ヽ 、ヽ`、ヽ 、ヽ`、ヽ` 、ヽ`、ヽ```、ヽ、ヽ、ヽ、ヽ
、`、、ヽ`、ヽ 、ヽ`、ヽ`、ヽ ヽ`、ヽ、ヽ、ヽ`、ヽ、ヽ`
、ヽ`、ヽ`、`、、 ヽヽ、ヽ (“.)`、`、、ヽ`、ヽ 、ヽ`、ヽ
ヽ`、ヽ、ヽ、ヽ`、ヽ、ヽ``/█\.ヽ 、ヽ`、ヽ、ヽ`、ヽ 、ヽ`
ヽ`、ヽ`、`、、 ヽヽ、ヽ`_||_`、、|̲̲̲͡͡͡ ̲▫̲͡ ̲̲̲͡͡π̲̲͡͡ ̲̲͡▫̲̲͡͡ ̲|̡̡̡ ̡ ̴̡ı̴̡̡ ̡͌l̡ ̴̡ı̴̴̡ ̡l̡*̡̡ ̴̡ı̴̴̡ ̡̡͡|̲̲̲͡͡͡ ̲▫̲͡ ̲̲̲͡͡π̲̲͡͡ ̲̲͡▫̲̲͡͡ |`、
▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓

Saturday, December 17, 2011

roses pink.. (^_^),



oh!! terharunya...
buat kali pertama dalam hidup CL... dapat bunga rose...

hari sabtu, (17/12/2011)...
CL dapat msg dari member baik zuelaiha...
"Balik terus datang rumah aku.. amek barang urgent!!"

tym CL dapat msg nieh.. CL baru habis "test keushawanan".. tak pk ape2x just trus naik kereta pergi umah zue...

sampai2x ja kat situ...nah!! mr.kekasih bagi.. tadi sebelum dia balik KL dia singgah umah aku...dia suruh smpaikan bunga nieh...

argh!! dapat bunga.. terharunya.. zue betul ke dia yang kasi nieh... ( xpercaya tapi happy giler)

sebenarnya hari jumaat mr.kekasih ada datang, dan dia tidur di rumah member lelaki...pagi sabtu sebelum dia balik tu.. kami jumpa la kejap...erm... dia x ckp pape pun...
pandai eh plan... memang surprise giler...

thank Mr.kekasih... love u so much....

..........


........


........

Sunday, November 27, 2011

Mr Kekasih ???



Tiba lak rasa nak edit picture disaat banyak assigment & test....
TADA!! inilah hasilnya.....

lepas tu terus guna pic nieh tuk buat background blog nieh....
(^_^)V
rindu teman2x blog..
sowie CL...sesangat-sangat BZ ....
terpaksa menghilangkan diri lagi selepas nieh....

sayang korang semua........


Friday, September 16, 2011

i love him..


Asalamulaikum semua..
ehem... now CL dah da kat UTHM. cuti kan dah bis..
penat juga la nak kemas2x barang...sebab sem nieh duduk umah sewa ja...
malas nak aply kolej...hehe


tada...


this is my love..
Mohd Hafieez Said..
saya sayang dia sangat2x....

Awak..saya nak luahkan ni untuk awak...harap awak bace yerk..
macamana kalau kita bukan ditakdirkan untuk bersama??
macam mana kalau awak dan saya tak boleh bersama??
macamana wak??
saya tak penah rasa menyesal kenal awk......
saya tak penah rasa bosan bersama awk...
saya berharap saya boleh mencintai awak seumur hidup saya...
saya berharap tiada pengakhiran kisah percintaan kita...
saya perlukan awk....
saya suka bila awak ada disisi sya...
saya tahu kita jauh.. so susah nak jumpa selalu...
tapi awk sanggup drive jauh2x semata2 nak jumpa saya...
nak tengok muka sya...awak kata x kisah sebab awak rindu..
awak tahu saya pun rindu awk juga...
Thanks ya sayang sebab sudi mencintai diri ini....


Thursday, September 1, 2011

SALAM AIDILFITRI (6_6)v



˛˚˛*˛°.˛*.˛°˛.** ** *˛.
˛°_██_*.
*./ ♥ \ .˛* .˛.˛.*.* * *
˛. (´• ̮•)*.
*/♫.♫\*˛.* ˛_Π_____.♥ Selamat Hari Raya ♥ ˛* ˛*
.°( . • . ) ˛°./• '♫ ' •\.˛*./______/~
*. ˛*.˛* ˛. *
*(...'•'.. ) *˛╬╬╬╬╬˛°.
|田田 |門|╬╬╬╬╬*˚ .˛ *...
~ drive slowly n and safe reach ur village. 

Harap masih belum terlambat to say Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir & batin..
Di kesempatan ini CL memohon maaf andai ada tersalah ok!..
CL hanya manusia biasa yang mempunyai kelemahan dan kekurangan..

Raya taun nieh CL agak BZ.. memandangkan CL adalah satu-satu nya anak perempuan di dalam keluarga ini..
SO segalanya CL yang kena uruskan..TAPI raya tahun nieh xda la semeriah sebelum2x nieh.. dah tak macm dulo2x..
myb sebab CL dan DEWASA...
dan rasa sgt kalam kabut raya taun nieh..sampai gamabr pun x sempat nak ambil...

about my
♥ this 1st raya we celebrate together..walaupun jauh kita sempat lagi rancang baju raya sama color... (^_^)
10.09.11 we meet ok..for the 1st date too...

Sunday, August 14, 2011

check list amalam di bulan ramadhan

Asalamulaikum, (6_6)V
okeh! harinieh dah 15 Ramadhan..dah separuh kita meninggalkan bulan ramadhan..
camne korang okeh kew pose...
dah tinggal lagi 15 hari so tiba la masa tuk kita semak ape yang kita dah buat..
disini CL nak kongsi 19 perkara yang korang boleh buat sempanjang ramadhan ini...


1. Jam 5.00pg or 5.15 pagi bagun untuk sahur..

2.Jangan tidur selepas sahur

3.Solat subuh berjemaah di masjid

4.Tadarus pendek

5.Matahari tinggi segalah,lakukan solat isyraq

6.Menjalankan kerja seharian dan menjaga pancaindra

7.Jam 11.oopg tunaikan solat dhuha

8.Jam 12.00tghr tidur,niat tidur waktu qailulah (ganti jaga 1 jam diwaktu sahur)

9.Solat johor berjemaah

10.Tadarus pendek

11.Solat asar berjemaah di masjid

12.Jika masa petang jangan gunakan untuk bersiar-siar atau menonton TV yang melibatkan kemasiatan.sebaik-baiknya digunakan untuk mengikuti majlis ilmu atau berdoa kerana waktu ini amat mustajab.

13.Berbuka dengan ala kadar iaitu minuman yang belum dipanas oleh api atau dengan buah kurma buah tempatan pun boleh.

14.Segera solat Magrib

15. Makan malam bersama keluarga

16.Bersiap untuk kemasjid untuk menunaikan soalt insyak dan tarawikh

17.Tadarus membaca ,bersemak dan berturut-turuk juzuk

18.Tidur malam membaca 4 ayat akhir surah Al-Kahfi supaya dikejutkan tepat jam 4.00pagi

19.Bagun jam 4.00pg (1/2jam qiamullail,solat tahjud,solat taubat dan solat hajat)

okeh! selamat beramal..sama-sama lah kita baiki iman kita..

Saturday, July 23, 2011

(^_^)V Ingatlah...


‘Enter’ the masjid,
‘Forward’ your solat,
‘Download’ pahala,
‘Firewall’ your iman,
‘Backspace’ from syaitan,
‘Bookmark’ to ALLAH SWT,
`Delete’ ALLAH’s enemies,
‘Copy paste’ from the Al-Qur’an and Sunnah,
‘Help’ your muslim brothers n sisters,
‘File’ your amal,
‘Edit’ your akhlaq
‘View’ your good and bad deeds,
‘Search’ the straight and right path,
And InsyaALLAH you will never get ‘virus’

Wednesday, July 13, 2011

Angry Birds

(-_-")v


hurm,popular betul game nieh sampai ada dalam soalan exam,


sumber picture dari Oh!media @ fb

CL dah try main, bagi CL biasa-biasa jer game nieh,tapi cL tak suka sangat bagi CL tak best..CL suka main Game Plants Vs Zombies

*
*
(^_^)V sekarang main untuk dapatkan 'Gold Sunflower tropy' lak...


Sunday, July 10, 2011

lisa oh lisa...

assalamualaikum...
Tiba-tiba ja nak cerita pasal Lisa Surihani,
haha, tak da la..sebenarnya tadi lisa jadi artis jemputan dalam program TV3 iaitu 'Jangan Tidur Lagi' hehe
sebagai peminat Lisa mesti la CL tengok okeh..
ape yang menarik, Rahsia Lisa cuba dibongkar.. iaitu sapa gerangan 'baby' yang disebut lisa masa menjawab telephone..haha kantoi,tapi sampai akhirnya lisa berjaya sembunyi kan.. okeh sape-sape yang tahu sila bagitaw CL ok...

second yang di bongkar kan adalah, lisa tak boleh sebut huruf R rupanya.. comel ja bila dia kena ikot cakap pengacara cilik bercakap..
comel kan mereka berdua nieh mia sara nasuha dan lisa surihani..
suka tengok kalau mereka berlakon bersama-sama.

Friday, July 8, 2011

Terus ke depan..jangan toleh lagi...

Assalamualaikum,
Allhamdulilah,result semester 2 dah keluar pagi tadi..walaupun keputusan tak da la sebaik mana tapi CL bersyukur..kerana itulah yang CL dapat atas usaha yang CL berikan..
untuk sem depan CL perlu berusaha lebih lagi la..untuk dapat keputusan yang lebih elok..insyallah..

okeh! CL dah tak nak toleh kan berlakang lagi yang lepas tu lepas la yerk...
Sekarang nieh pun Cl lebih memahami erti sebuah kehidupan..jalinan kasih sayang antara keluarga,sahabat...dan yang tersayang...

Hubungan CL dengan keluarga kandung CL bertambah erat,myb CL dah matang dalam memikirkan soal kehidupan dan lumrah dunia, redho dalam setiap apa yang berlaku serta serahkan semua beban yang dipikul kepada Ilahi..Kalau lah arwah ayah CL dapat lihat semua nieh..moga-moga rohnya dicucuri rahmat..Setiap kali pergi umah ayah,CL rasa cam ayah ada lagi...disitu..walaupun seisi keluarga masih merasai kehilangan tapi kami tabah menghadapinya...

Hubungan CL dengan keluarga angkat makin baik...CL dapat menerima sayang yang mereka cuba berikan dah CL menerima mereka seadanya dan menyayangi mereka..sentiasa berharap dapat mengurangkan beban dan kesusahan yang mereka hadapi tuk CL selama ini..

Hubungan CL dengan sahabat-sahabat CL, semuanya baik CL menghargai mereka sebagai sahabat CL...dan sayangkan persahabatan yang terjalin selama ini.Selain CL dah ada sahabat daripada kalangan blogger...lihat ditepi blog CL ada Best frenz here...ada 11 blogger semuanya, 10 darinya memang kawan yang CL kenal..tapi 1 darinya memang CL betul-betul kenal di alam blogger ini..Terima Kasih Bie Azreena kerana banyak membantu CL dalam membina blog nieh serta setiap coment yang diberi setiap kali CL tulis post baru..

Hubungan CL dengan yang tersayang, erm walaupun kami masing-masing Bz dengan hal masing-masing tapi CL percaya kepadanya dan sentiasa bersabar untuk teruskan hubungan ini..

okey... sekarang tahu kan kenapa CL dah tak nak toleh belakang lagi..kalau toleh pun mungkin hanya mengenang kenangan lalu dan mengambil pengajaran tuk masa hadapan..kalau tak ada yang dulu mana datangnya yang sekarang pulak kan!!!

Bye!!
Senyum itu penawar (^_^)V

Saturday, July 2, 2011

Akukah tulang rusuknya...

Assalamualaikum,
Akukah tulang rusuknya?? merupakan soalan yang sedang bermain di fikiran CL...
Sebelum nieh CLselalu rasa , CL dilahirkan didunia ini hanya untuk menyayangi bukan untuk di sayangi....
Tapi sekarang,dah tak lagi...apa yang CL harapkan selama ini adalah disayangi oleh orang yang CL sayang...

Allhamdulilah...Allah makbulkan Doa CL...
dia Call CL setelah sekian lama mendiamkan diri...dan bertanya kembali tentang perasaan CL..
CL mengaku selama ini CL ada rasa sayang dengan dia..tapi CL tak penah mengaku..mungkin CL takut..dan dia tak yakin dengan CL akan jadi lebih dari seorang kawan..akhirnya CL pendamkan semuanya sendiri... (banyak hal berlaku hingga CL rasa sedih sangat dan fikiran selalu melayang..sehinggakan kawan2x CL cakap CL seorang blur banyak konflik yang berlaku ,pada masa tu CL hanya berharap kawan2x CL memahami keadaan CL.. kerana CL x mampu tuk cerita..insyaallah CL akan kembali jadi seperti dahulu )

Tapi apa bezanya sekarang dengan dulu adalah..dia tahu CL sayangkan dia..
Dia merupakan lelaki pertama yang CL sayang...dia membuatkan CL jadi berani untuk menyayangi seorang lelaki..sebelum nieh CL hanya sayangkan kawan2x perempuan dan tak berani @ confident untuk bercakap dengan lelaki...tapi untuk dia CL usaha juga...betapa berusahanya CL untuk menjawab setiap panggilan telephone nya...

Tapi itu hanya untuk sekarang... untuk masa depan kita tak tahu kan... apa yang akan berlaku adalah yang terbaik untuk kita.. kita hanya mampu berdoa.. jodoh pertemuan adalah rahsia Allah..
korang semua berdoa ya untuk CL agar berkekalan hubungan ini..

I luv you...D

Tuesday, June 28, 2011

Cinta yang hakiki...

Jika mereka sibuk mencari cinta, biarlah kita sibuk mencari iman.
Jika mereka sibuk mencari pasangan, biarlah kita sibuk mencari keredhaan.
Jika mereka menangis kerana kecewa bercinta biarlah kita
menangis mengenang dosa-dosa semalam.
Jika mereka lebih cintakan manusia, biarlah kita cintakan Tuhan.
Jika mereka dambakan dunia biarlah kita dambakan akhirat...

Thursday, May 5, 2011

KAMI BLOGGER UTAGHA

Dengan ini saya, CL mewartakan bahawasanya saya adalah Blogger Utagha.. hehe


TADA!!


CL sebenarnya orang PULAU PINANG... bendera yang ada pokok pinang tu...hehe
cuma sekarang tidak berada di penang sebab study kat
UTHM ( johor )
agak lama la juga meninggalkan penang..
dulu study kat Poly (perak ) 3 tahun taw...
sekarang kat johor lak 3 tahun gak, baru tahun 1 taw.. harap2x tamat la pada sewaktu nya..
tak mo dah sangkut2x...
nak balik penang.... huhu....
apa-apa pun penang tetap di hati taw..
I love Penang!!!
I Love Utagha!!!
I Love Blogger!!

Saturday, April 30, 2011

Hakikat erti kebahagian yang sebenar-sebenarnya!

Apabila kita asyik duduk termenung memikirkan nasib diri di sini.. Merenung jauh mereka disana hidup penuh keseronokan dan kegembiraan..Namun, kita masih tak sedar tentang hakikat erti kebahgian yang sebenar-sebenarnya..

Ramai orang…

Tersalah sangka tentang maksud ketenangan dalam hidupnya selalu orang mengaitkan ketenangan itu…Mengaitkan ketenangan itu dengan faktor harta….Dengan faktor kekayaan..walaupun itu boleh menjadi penyumbang..

Tetapi itu bukan segala-galanya..betapa ramai orang yang berada dalam rumah yang besar..Tidur diatas katil yang empuk..tetapi dia tidak lebih enak ataupun lenanya tidak nyenyak.. Bahkan ada orang yang tidur di pondok buruk…kadang-kadang dia lebih lena dari kita

Ada orang yang berada di hadapannya hidangan yang hebat…lauk pauk yang bagus..tetapi lidahnya tidak enak…Lebih enak lagi orang yang makan kadang-kadang dengan satu dua mata lauk…Tetapi dia lebih sedap dan selesa makannya..

Kata Hamka, lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat..Semua orang sangka kalau orang itu ada rumah besar…ada makanan yang sedap tentulah hidupnya bahagia dan tenang..

Belum tentu !

Tiada siapa yang mampu menghalang ketetapan Allah SWTJika Allah hendak memberikan kebahagian kepada seseorang…Dia tidak boleh daitahan oleh apa-apa tangan sekalipun..

Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang…dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun..

Jika Allah uruskan urusan kita…dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita…walaupun sekelip mata..Dunia boleh bebuat apa-apa, tetapi meraka tidak boleh mencabar kebesaran Allah

Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas..kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah.

Apa yang orang rasa rugi…Allah akan memberikan keuntugan yang mana..jalan-jalan manusia tak sangka tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan

Apabila kita asyik mengeluh setiap kali ditimpa musibah..Tengoklah dunia ini…kadang-kadang manusia hilang suatu benda ini daripada dunia..Kadang-kadang macam hilang segala-segalanya, berapa banyak dalam hidup kita yang kita telah melalui keperitan hidup? Cuba ingat? Ketika kita kena keperitan kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya. Tapi hari ini Allah telah keluarkan kita berada dalam keadaan yang baik. Ketika kita ditimpa musibah tertentu.. kita kata, “Habislah aku kali ni” tetapi usia kita telah berjalan. Kita masih lagi hidup , makan dan menikmati kurniaan hidupan ini.

Ketika kita kata, “Ya Allah tolonglah aku ya Allah tolonglah aku, aku susah ya Allah” Hari ini kita telah pun lupa akan perkataan itu dan kita kadang-kadang lupa untuk bersyukur..diatas pelbagai ranjang hidup yang telah Allah keluarkan kita daripadanya..

All-Imran (3) : 173 – Orang-orang yang diberitahu kepada mereka… “Nun orang ramai sedang berkumpul untuk ambil tindakan kepada kau”, kata Allah iman dia tambah. Bukan kita kata , “Pasal apa lah Allah benci aku? Apalah dosa aku?

Tidak-tidak!

Kata Quran iman mereka bertambah,mereka kata…”cukuplah bagi kami Allah dialah sebaik-baik tempat diserahkan urusan”

Pengalaman sering memantangkan kita….

Siapa yang tidak melaluinya tidak akan memahami maksudnya. Orang-orang yang pernah hidup dan bertawakal..dia akan mengetahui tentang keajaiban bertawakal. Bila hati insan bulat kepada ya rabb… “Ya Allah aku serahkan urusan ini kepada Mu ya Allah”

Kita sering Lupa kita masih punya kehidupan di akhirat…

Apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat…dia akan merakan dunia ini sangat kecil kehidupan ini sangat luas, Nabi sebut di dalam Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim.. Allah bawa pada hari akhirat, manusia yang paling derita dalam dunia ini.. Allah ambil dia…Allah masukkan dia ke dalam syurga..kemudian dikeluarkan…Lalu ditanyanya.. “Wahai fulan adakah kau pernah rasa derita dalam hidup?” Dia kata, “tak! Aku tak pernah derita pun dalam hidup ini” Hanya kerana masuk sekelip mata di dalam syurga,lupa segala cerita derita. Allah ambil manusia yang paling nikmat dalm dunia ini. Segala yang nikmat Allah masukkan dia secelup sahaya ke dalam neraka, lalu dikeluarkan dia.. “ “Pernahkan kau merasai nikmat dalam hidup ini?” “Tak! Aku tak pernah ada nikmat pun dalam hidup ini” Hanya kerana satu celupan sahaja ke dalam neraka…manusia hilang ,lupa segala kisah nikmat dalam hidupnya.

Masihkan kita teringat akan nikmat yang Allah berikan selama ini? Kita selalu nak bersyukur kalu kita diberi benda baru…dan kita lupa bahawasanya apa yang ada pada kita ini…satu nikmat yang besar… satu Hamba Allah yang patah kakinya…yang dia tak pernah pun sebut,dulu barangkali tak pernah teringat tentang nikmat kaki yang setiap hati dia pijak..Tapi apabila satu hari dia sakit kaki… Dia kata “Ya Allah bagilah balik kaki aku, sembuhkanlah balik” dia tahu besarnya nikmat kaki,tangan, nikmat sihat.

Kata Hamka, “Yang ada ini sudah harapan kita” tapi insan bukan salah untuk mengharapkan yang belum ada…tetapi jangan telah ada!

Bersyukurlah wahai diri ini…

Sebab itu sebahagian para sarjana menyebut…syukur kadang kala lebih tinggi makamnya daripada sabar,Ramai orang terpaksa sabar…tapi belum tentu orang yang dapat nikmat itu bersyukur. Bila dia susah, nak kata apa? “ Sabar je la, nak buat apa”. Tapi untuk jadikan orang yang memiliki harta seperti yang kita ada…syukur diatas nikmat.. “Ya Allah apa sahaja yang aku Alami…daripada nikmatMu daripada Kurniaan daripada sesiapa di kalangan hambaMu… Tidak ada daripada sesiapa melainkan daripada Engkau wahai Tuhan…bagi Engkaulah pujian,bagi Engkaulah kesyukuran” Subhanallah,insan jika dia nak bersyukur kepada Allah, tak terdaya…

Ibrahim (14) : 34 – jika kamu hendak menghitung nikmat Allah, kamu tak mampu,

bila kita mellihat secara keseluruhan…kita akan rasa Masyaallah hidup ini…Apa yang Allah kurniakan kepada kita…lebih daripada harapan kita semua, kalau kita ingat dari hari kita dilahirkan,tempat dilahirkan,rumah kita dilahirkan, sehingga tempat kita ada pada hari ini. Masyaallah…Tak dapat nak diucapkan berapa kali nak sebut pun tak mampu.

Pesanan Nabi Buat umantnya… At-Taubah (9) : 40 – ketika orang-orang yang kafir itu mengeluarkan dia..Ketika dia salah seorang daripada dua, dia dan Abu Bakar… Yakni Nabi dan Abu Bakar, Ketika mereka berada di dalam gua (sewaktu peristiwa hijrah). Ketika dia berkata kepada sahabatnya… “Jangan bersedih, Sesungguhnya Allah bersama Kita!”

Friday, April 29, 2011

Bestnya Majlis perkahwinan macamni....

Assalamualaikum..

Hurm tadi baru ja dapat email dari Zaidah Zed, sekali tengok rasa best lak Picturemajlis perkahwinan nie..hehe Sempat la juga CL berangan...kikiki

Kalau korang kata korang tak kenal siapa itu Azizulhasni, Pelik ler kalau tak kenal,jangan nak mengaku rakyat Malaysia la...haha

Okey, Azizulhasni adalah salah seorang ahli sukan negara (pelumba basikal) yang diletakkan harapan untuk memenangi pingat emas di Sukan Olimpik 2012 nanti. Dan baru-baru ini gempar 1 Malaysia apabila kaki Azizulhasni tercedera akibat tertusuk kayu semasa perlumbaan basikal. Tetapi apa yang CL nak bagitaw kat sini bukan cerita sedih beliau tapi cerita bahagia beliau.

Baru-baru ini beliau telah selamat melansungkan perkawianan beliau bersama isterinya, iaitu Athiah Ilyana bt. Dato’ Abd Samat. Di majlis perkahwinan beliau ramai taw VIP-VIP yang datang antaranya Raja Perak Sultan Azlan Shah, Raja Muda Perak Dr Raja Nazrin dan Raja Di Hilir Perak, MB Perak dan ex MB Perak Dato Ramli Ngah Talib. Almaklum la beliau kan terkenal malah berkahwin lak dengan anak dato..

Bagi CL pasangan ini bagaikan pinang dibelah dua, I like it!



























Nie ja picture yang CL nak Kongsi. Hah kalau nak tengok selanjutnya sila ke FB juru photografi Picture perkahwinan nie yer.



Tuesday, April 19, 2011

mak & abah baru!

assalamualaikum...
yeh!!!
CL dapat mak & abah baru.....
nie semua sebab program hikmat masyarakat
di kampung parit masta iaitu
program jom jelajah kampung (anak angkat)..
jom jelajah kampung nieh berlansung selama 2hari 1malam ja..
tapi rasa cam lama lak kat sana.. dah jadi cam ahli keluaga lak..

tada... ^_^ nieh la mak & abah CL... (rasa rindu lak)

setiap keluarga diberi 2orang anak angkat, so CL dan akak lia jadi anak angkat bagi kelurga
Tn. Hj Basri..
layanan yang diberikan pada kami cukup mesra dan baik sekali...
CL dah rasa cm anak mak & Abah lak..'
terima kasih ya sudi menerima CL sebagai anak angkat...




nieh kami berenam " merupakan geng kaki pukul" haha... ^_6

hah..jgn tak percaya CL jadi aktif lak sepanjang aktiviti di kampung parit masta tu taw..
semua pertandingan masuk... tapi tak menang pun....tapi antara geng berenam kami ada yang menang taw...hehe (hasil kerjasama) iya2x lah..time nieh je nak ngaku kan..
bila dah menang kan...kikiki....

antara sukanekanya adalah..

kerusi berirama ( yang nie semua mesti penah main kan?)



tarian...hentam aja la...haha CL tak taw pun..ala2x cm zapin johor sikit...bila suruh orang penang yang ikot...jadi camgini lah...haha..

pijak belon sampai pecah ( nieh paling hampeh CL baru ja masuk gelangang tak sempat nak panaskan badan lagi... tut..tut dah ada orang pijak & pecahkan belon CL...huhu
apa yang penting enjoy!

ok dah... sampai sini aja... ^_^

Sunday, April 10, 2011

Frenz !!! you make me crazy..

kita tahu yang diri kita saja yang ada untuk kita meneruskan perjalanN di muka bumi ini.namum kita TURUT SEDAR KITA tidak bersendirian kerana kita ada seSEorang yang sering menemani kita iaitu sahabat.... yang sentiasa cuba memahami diri kita dan membantu kita..

Baru2x nieh.. CL baru ja bergaduh besar dengan member2x CL.. semua nya berpunca daripada rasa yang tidak puas hati yang telah lama CL simpan...Namun CL tak sangka yang CL boleh marah sehingga tahap yang macAm tu sekali...

Apa yang CL rasa sekarang sangat pelik dan menyesal..tapi bagus juga..sebab segala salah faham CL selama nieh dah terukai...

ya sebagai sehabat kita perlu salin bertolak ansur berterus terang dan memaafi dengan itu setiap hubungan tak akan berakhir dengan mudah malah akan lebih BERTAMBAH erat..

kepada seseorang yang bergelar sahabat.... CL mohon maaf...

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti....kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa.Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,disebalik kesenangannya,mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.

Renungilah... terima kasih padamu sahabatku..maafkanlah diriku kerana selalu silap tafsir terhadap dirimu..maafkan aku jika kamu rasa aku bukan tempat sandar ketika kamu memerlukan..maafkan aku kerana aku tak mampu membantu kamu disetiap masalahmu..maafkan aku kerana aku tidak mempunyai idea yang bernas ketika kamu memerlukan pendapat ku..Hanya satu yang kamu perlu tahu..setiap kali kamu rasa sakit aku turut merasainya... ketika kamu menangis, air mataku turut mengalir, disaat kamu risau aku turut tidak tidor menemani....aku hanya lah insan yang mampu berdiri ditepimu...tanpa kata2x.. itulah aku (CL)

Sunday, March 20, 2011

Allah ada jalan_nya

lately CL asyik mudah tauching, hurm tak tahu la nape..
pastu sayu ja rasa hati nieh,
dan " Home sick" turut memainkan peranan,
argh!! tension nya...
nasib ada kata-kata hikmah nieh... dapat la juga CL tenangkan hati nieh..

Bila engkau letih dan hilang rasa semangat,
Allah tahu betapa kamu telah mencuba sedaya upaya,
Bila tangisan mu berpanjangan dan hati mu kedukaan,
Allah telah mengira titis air mata mu,
Bila engkau rasa ketinggalan dan masa meninggalkan mu,
Allah sentiasa di sisimu
Bila engkau telah mencuba tapi tak tahu arah tujuan
Allah ada jalan penyelesaian.......

hope everything will be fine..
SEMANGAT please.....

Sunday, March 6, 2011

Kamu Harus Tahu... wahai pendampingku kelak.



Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kamu pilih.. Padahal kamu begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna.Kerananya ku ingin kamu tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan. Maka ketahuilah..

Kepadamu yang akan memilihku kelak..Aku tak sebijak Siti khadijah, kerananya ku ingin kamu tahu, aku akan saja berbuat salah dan begitu menyedihkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kamulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu..

Duhai kau yang telah memilihku kelak.. Ingatlah, tak selamanya aku akn cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan hodoh. Mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur, menyiapkan makan untuk kamu dan anak-anak kita nanti –Insya’Allah-. Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap. Atau kerana seharian ku harus meguruskan istana kecil kita, agar kamu dan anak kita dapat tinggal dengan nyaman dan damai. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja.. Ataukah kamu akan menemukanku tersengguk-sengguk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi karena semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetikpun tertidur karena harus menjaga anak kecil kita yang sedangsakit, dan ku tau kamu letih mencari rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu.. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatanku..
Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak..

Ketahuilah, aku tak sesabar Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis , bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga perlu tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang ku perlukan hanya pelukan dan belaianmu.. Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku..Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul penuh kasih sayang si kecil kerana lelah dan penatku di tambh rengekannya yang tak habis-habisnya. Sungguh bukan kerana ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan memarahiku kerana telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu ku tau kamu selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian, dan kamu akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada anak kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi..

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak..Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku.. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kamu dan aku tetap bersatu di dalamnya.Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku..

Seiring berjalannya waktu, kamu akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai kereput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Karena satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bertambah, iaitu rasa cintaku padamu..Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku kerana aku bukan puteri.. Aku hanya wanita biasa..


Monday, February 21, 2011

Hanya dihatiku..


"Tuhan Lebih Menyayanginya"
satu ungkapan yang ku masih dengar dan tergiang-giang ditelinga ku....
hanya ungkapan ini yang mampu menenangkan hati kami sekeluarga..
untuk menerima pemergian ayahda tersayang..
kini telah 10 hari arwah ayahda tersayang meninggalkan kami...
dengan sekelip mata tanpa diduga..
ia telah pergi buat selamanya..
Ucapan takziah dari teman2x ku masih kedengaran...
ketika ku mendapat kabar berita tentang kematian ayahda..
aku berada di johor...
batu pahat..
hanya air mata yang mengalir...
sambil ku memegang tangan sahabat ku.. "zed" dan akhirnya ku mengucapkan...
" Nak balik penang sekarang, Ayah dah tak ada" aku tak tahu...
hanya "zed" membantu aku...
mengatur langkah ku...aku terkedu...fikiranku bercelaru...
Sahabatku di UThm yang menbantu aku...
menguruskan perjalanan ku pulang ke penang
"terima Kasih Teman" Hanya satu ucapan yang mampu ku sampaikan..
membalas keiklasan mu...
aku sampai di penang jam 5.30pg di jemput oleh abang ku di stesen bus..
semua orang menunggu ku...kerana aku yang terakhir sampai..
aku disambut oleh akak ku dengan 1 palukkan..
sebagai menenagkan hati dan memberi semangat kepada ku
untuk menuju di satu sudut...
aku besama akak ku berjalan beriringan & berpeganggan tangan..
menuju dimana jasad arwah ayah aku berada..
air mataku mengalir laju..
aku bernasib baik kerana aku sempat sampai awal untuk melihat arwah ayahku buat kali terakhir....
sesuana menghibakan.....
aku hanya duduk disebelah jasad ayahda sambil menbaca yasin tanpa henti..
sehingga ayahda,dimandikan...
hanya itu yang mampu aku lakukan..

semasa ayahda dikhafankan aku melihat..
aku menberi kucupan tanda sayangku buat kali yang terakhir..
Air mataku tak dapat dibendung lagi..
mencurah-curah bagaikan air hujan...
aku mengikut jejak langkah ..
sehingga ke masjid..
aku menunggu bacaan talkim...
akhirnya...
aku menyiramkan air Mawar di atas kubur..ayahdaku...
Ayahda telah pergi...
semoga dicucuri rahmat..
hanya hadiahkan al-fatihan sebagai penganti rindu..
Kini aku yatim piatu..
dulu ibuku pergi..meninggalkan kami..sewaktu aku kecil lagi..
kini ayahku pula..
Ya Allah tempatkan kedua orang tua ku di tempat orang-orang yang beriman.. amin...