Saturday, April 30, 2011

Bestnya Majlis perkahwinan macamni....

Assalamualaikum..

Hurm tadi baru ja dapat email dari Zaidah Zed, sekali tengok rasa best lak Picturemajlis perkahwinan nie..hehe Sempat la juga CL berangan...kikiki

Kalau korang kata korang tak kenal siapa itu Azizulhasni, Pelik ler kalau tak kenal,jangan nak mengaku rakyat Malaysia la...haha

Okey, Azizulhasni adalah salah seorang ahli sukan negara (pelumba basikal) yang diletakkan harapan untuk memenangi pingat emas di Sukan Olimpik 2012 nanti. Dan baru-baru ini gempar 1 Malaysia apabila kaki Azizulhasni tercedera akibat tertusuk kayu semasa perlumbaan basikal. Tetapi apa yang CL nak bagitaw kat sini bukan cerita sedih beliau tapi cerita bahagia beliau.

Baru-baru ini beliau telah selamat melansungkan perkawianan beliau bersama isterinya, iaitu Athiah Ilyana bt. Dato’ Abd Samat. Di majlis perkahwinan beliau ramai taw VIP-VIP yang datang antaranya Raja Perak Sultan Azlan Shah, Raja Muda Perak Dr Raja Nazrin dan Raja Di Hilir Perak, MB Perak dan ex MB Perak Dato Ramli Ngah Talib. Almaklum la beliau kan terkenal malah berkahwin lak dengan anak dato..

Bagi CL pasangan ini bagaikan pinang dibelah dua, I like it!



























Nie ja picture yang CL nak Kongsi. Hah kalau nak tengok selanjutnya sila ke FB juru photografi Picture perkahwinan nie yer.