Followers

Monday, May 28, 2012

Rahsia bentuk gigi




Jarang dan kecil

Apabila terseyum,jelas terpamer barisan gigi yang kecil dan jarang. Bagi kamu yang memiliki bentuk sebegini dikatakan suka menilai orang lain.Pasti ada saja yang tak kena pada pandangan mereka tapi yang tak syoknya,dia sibuk menilai orang lain tapi tak suka orang lain mengkritik dirinya! Tak patut! Dia juga sukar mengalah,kadangkala mengalah itu lebih baik apatah jika kamu yang bersalah.. beralah sajalah!

Bersaiz sederhana dan rata

cantik gigi dia,Teratur! Tapi sekali pandang macam gigi palsu pula. Merupakan seorang yang baik hati dan suka menolong. Bak kata pepatah, ringan tulang. Sebenarnya mereka ini ingin sentiasa membahagiakan orang lain.Boleh juga mereka tumpang gembira. Untungnya dapat teman/kekasih macam mereka kan??

Besar dan jarang

bersifat iri hati dengan kekayaan orang lain. Tak elok mcam tu. Itukan dah rezeki mereka.Kamu seorang yang keras kepala.Mula la merajuk kalu kehendak tak dituruti.Tapi awas mereka sanggup melakukan apa sahaja demi dapat ape yang dikehendaki. Bahaya! Sebagai kekasih/kawan mereka kamu harus banyak bersabar apatah lagi dengan sikat manja yang dibuat-buat itu.

Jongang dan besar

Wah! Bentebg pertahananya kuat dan kukuh.Mulut celupar  mudah mengeluh dan tak pernah puah hati dengan apa yang dimiliki. Sikap itu juga ada positifnya kerana mudah menempah kejayaan dan akan sentiasa berusaha tuk jadi lebih baik. Selain itu mereka juga agresif dan ringan tulang.

Tidak tersusun

Hati budinya cantik! Merupakan teman bicara yang amat memahami. Tidak rugi menjadikan mereka ini tempat meluahkan rasa dihati kerana mereka sentiasa mendengar serta berpengetahuan luas biarpun sikapnya kebudak-budakan kadangkala merimaskan. Selain itu mereka juga pandai membahgiakan orang lain.

Seperti masuk kedalam

Mereka seorang yang pemalu dan suka menyembunyikan sikap sebenar diri mereka tapi mereka agak pasif.Namum sebenarnya mereka bijak. Selalunya mereka bersikap pendiam dan tidak begitu pandai bergaul dengan orang lain. Selain itu mereka juga pandai meyimpan rahsia kecuali kepada orang yang benar-benar telah meraih kepercayaan mereka.

Kecil dan tersusun

Selalunya berwajah keanak-anakan dan tampak semakin menarik dengan gigi yang kecil. Suka menolong orang dan boleh dipercayai percakapan mereka. Aduhai! Untunglah sape yang da kekasih cmni kerana mereka seorang kekasih yang hebat!

bila gigi sihat, senyuman pun menawan... betul??