Followers

Saturday, April 30, 2011

Hakikat erti kebahagian yang sebenar-sebenarnya!

Apabila kita asyik duduk termenung memikirkan nasib diri di sini.. Merenung jauh mereka disana hidup penuh keseronokan dan kegembiraan..Namun, kita masih tak sedar tentang hakikat erti kebahgian yang sebenar-sebenarnya..

Ramai orang…

Tersalah sangka tentang maksud ketenangan dalam hidupnya selalu orang mengaitkan ketenangan itu…Mengaitkan ketenangan itu dengan faktor harta….Dengan faktor kekayaan..walaupun itu boleh menjadi penyumbang..

Tetapi itu bukan segala-galanya..betapa ramai orang yang berada dalam rumah yang besar..Tidur diatas katil yang empuk..tetapi dia tidak lebih enak ataupun lenanya tidak nyenyak.. Bahkan ada orang yang tidur di pondok buruk…kadang-kadang dia lebih lena dari kita

Ada orang yang berada di hadapannya hidangan yang hebat…lauk pauk yang bagus..tetapi lidahnya tidak enak…Lebih enak lagi orang yang makan kadang-kadang dengan satu dua mata lauk…Tetapi dia lebih sedap dan selesa makannya..

Kata Hamka, lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat..Semua orang sangka kalau orang itu ada rumah besar…ada makanan yang sedap tentulah hidupnya bahagia dan tenang..

Belum tentu !

Tiada siapa yang mampu menghalang ketetapan Allah SWTJika Allah hendak memberikan kebahagian kepada seseorang…Dia tidak boleh daitahan oleh apa-apa tangan sekalipun..

Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang…dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun..

Jika Allah uruskan urusan kita…dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita…walaupun sekelip mata..Dunia boleh bebuat apa-apa, tetapi meraka tidak boleh mencabar kebesaran Allah

Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas..kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah.

Apa yang orang rasa rugi…Allah akan memberikan keuntugan yang mana..jalan-jalan manusia tak sangka tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan

Apabila kita asyik mengeluh setiap kali ditimpa musibah..Tengoklah dunia ini…kadang-kadang manusia hilang suatu benda ini daripada dunia..Kadang-kadang macam hilang segala-segalanya, berapa banyak dalam hidup kita yang kita telah melalui keperitan hidup? Cuba ingat? Ketika kita kena keperitan kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya. Tapi hari ini Allah telah keluarkan kita berada dalam keadaan yang baik. Ketika kita ditimpa musibah tertentu.. kita kata, “Habislah aku kali ni” tetapi usia kita telah berjalan. Kita masih lagi hidup , makan dan menikmati kurniaan hidupan ini.

Ketika kita kata, “Ya Allah tolonglah aku ya Allah tolonglah aku, aku susah ya Allah” Hari ini kita telah pun lupa akan perkataan itu dan kita kadang-kadang lupa untuk bersyukur..diatas pelbagai ranjang hidup yang telah Allah keluarkan kita daripadanya..

All-Imran (3) : 173 – Orang-orang yang diberitahu kepada mereka… “Nun orang ramai sedang berkumpul untuk ambil tindakan kepada kau”, kata Allah iman dia tambah. Bukan kita kata , “Pasal apa lah Allah benci aku? Apalah dosa aku?

Tidak-tidak!

Kata Quran iman mereka bertambah,mereka kata…”cukuplah bagi kami Allah dialah sebaik-baik tempat diserahkan urusan”

Pengalaman sering memantangkan kita….

Siapa yang tidak melaluinya tidak akan memahami maksudnya. Orang-orang yang pernah hidup dan bertawakal..dia akan mengetahui tentang keajaiban bertawakal. Bila hati insan bulat kepada ya rabb… “Ya Allah aku serahkan urusan ini kepada Mu ya Allah”

Kita sering Lupa kita masih punya kehidupan di akhirat…

Apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat…dia akan merakan dunia ini sangat kecil kehidupan ini sangat luas, Nabi sebut di dalam Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim.. Allah bawa pada hari akhirat, manusia yang paling derita dalam dunia ini.. Allah ambil dia…Allah masukkan dia ke dalam syurga..kemudian dikeluarkan…Lalu ditanyanya.. “Wahai fulan adakah kau pernah rasa derita dalam hidup?” Dia kata, “tak! Aku tak pernah derita pun dalam hidup ini” Hanya kerana masuk sekelip mata di dalam syurga,lupa segala cerita derita. Allah ambil manusia yang paling nikmat dalm dunia ini. Segala yang nikmat Allah masukkan dia secelup sahaya ke dalam neraka, lalu dikeluarkan dia.. “ “Pernahkan kau merasai nikmat dalam hidup ini?” “Tak! Aku tak pernah ada nikmat pun dalam hidup ini” Hanya kerana satu celupan sahaja ke dalam neraka…manusia hilang ,lupa segala kisah nikmat dalam hidupnya.

Masihkan kita teringat akan nikmat yang Allah berikan selama ini? Kita selalu nak bersyukur kalu kita diberi benda baru…dan kita lupa bahawasanya apa yang ada pada kita ini…satu nikmat yang besar… satu Hamba Allah yang patah kakinya…yang dia tak pernah pun sebut,dulu barangkali tak pernah teringat tentang nikmat kaki yang setiap hati dia pijak..Tapi apabila satu hari dia sakit kaki… Dia kata “Ya Allah bagilah balik kaki aku, sembuhkanlah balik” dia tahu besarnya nikmat kaki,tangan, nikmat sihat.

Kata Hamka, “Yang ada ini sudah harapan kita” tapi insan bukan salah untuk mengharapkan yang belum ada…tetapi jangan telah ada!

Bersyukurlah wahai diri ini…

Sebab itu sebahagian para sarjana menyebut…syukur kadang kala lebih tinggi makamnya daripada sabar,Ramai orang terpaksa sabar…tapi belum tentu orang yang dapat nikmat itu bersyukur. Bila dia susah, nak kata apa? “ Sabar je la, nak buat apa”. Tapi untuk jadikan orang yang memiliki harta seperti yang kita ada…syukur diatas nikmat.. “Ya Allah apa sahaja yang aku Alami…daripada nikmatMu daripada Kurniaan daripada sesiapa di kalangan hambaMu… Tidak ada daripada sesiapa melainkan daripada Engkau wahai Tuhan…bagi Engkaulah pujian,bagi Engkaulah kesyukuran” Subhanallah,insan jika dia nak bersyukur kepada Allah, tak terdaya…

Ibrahim (14) : 34 – jika kamu hendak menghitung nikmat Allah, kamu tak mampu,

bila kita mellihat secara keseluruhan…kita akan rasa Masyaallah hidup ini…Apa yang Allah kurniakan kepada kita…lebih daripada harapan kita semua, kalau kita ingat dari hari kita dilahirkan,tempat dilahirkan,rumah kita dilahirkan, sehingga tempat kita ada pada hari ini. Masyaallah…Tak dapat nak diucapkan berapa kali nak sebut pun tak mampu.

Pesanan Nabi Buat umantnya… At-Taubah (9) : 40 – ketika orang-orang yang kafir itu mengeluarkan dia..Ketika dia salah seorang daripada dua, dia dan Abu Bakar… Yakni Nabi dan Abu Bakar, Ketika mereka berada di dalam gua (sewaktu peristiwa hijrah). Ketika dia berkata kepada sahabatnya… “Jangan bersedih, Sesungguhnya Allah bersama Kita!”

Friday, April 29, 2011

Bestnya Majlis perkahwinan macamni....

Assalamualaikum..

Hurm tadi baru ja dapat email dari Zaidah Zed, sekali tengok rasa best lak Picturemajlis perkahwinan nie..hehe Sempat la juga CL berangan...kikiki

Kalau korang kata korang tak kenal siapa itu Azizulhasni, Pelik ler kalau tak kenal,jangan nak mengaku rakyat Malaysia la...haha

Okey, Azizulhasni adalah salah seorang ahli sukan negara (pelumba basikal) yang diletakkan harapan untuk memenangi pingat emas di Sukan Olimpik 2012 nanti. Dan baru-baru ini gempar 1 Malaysia apabila kaki Azizulhasni tercedera akibat tertusuk kayu semasa perlumbaan basikal. Tetapi apa yang CL nak bagitaw kat sini bukan cerita sedih beliau tapi cerita bahagia beliau.

Baru-baru ini beliau telah selamat melansungkan perkawianan beliau bersama isterinya, iaitu Athiah Ilyana bt. Dato’ Abd Samat. Di majlis perkahwinan beliau ramai taw VIP-VIP yang datang antaranya Raja Perak Sultan Azlan Shah, Raja Muda Perak Dr Raja Nazrin dan Raja Di Hilir Perak, MB Perak dan ex MB Perak Dato Ramli Ngah Talib. Almaklum la beliau kan terkenal malah berkahwin lak dengan anak dato..

Bagi CL pasangan ini bagaikan pinang dibelah dua, I like it!



























Nie ja picture yang CL nak Kongsi. Hah kalau nak tengok selanjutnya sila ke FB juru photografi Picture perkahwinan nie yer.



Tuesday, April 19, 2011

mak & abah baru!

assalamualaikum...
yeh!!!
CL dapat mak & abah baru.....
nie semua sebab program hikmat masyarakat
di kampung parit masta iaitu
program jom jelajah kampung (anak angkat)..
jom jelajah kampung nieh berlansung selama 2hari 1malam ja..
tapi rasa cam lama lak kat sana.. dah jadi cam ahli keluaga lak..

tada... ^_^ nieh la mak & abah CL... (rasa rindu lak)

setiap keluarga diberi 2orang anak angkat, so CL dan akak lia jadi anak angkat bagi kelurga
Tn. Hj Basri..
layanan yang diberikan pada kami cukup mesra dan baik sekali...
CL dah rasa cm anak mak & Abah lak..'
terima kasih ya sudi menerima CL sebagai anak angkat...




nieh kami berenam " merupakan geng kaki pukul" haha... ^_6

hah..jgn tak percaya CL jadi aktif lak sepanjang aktiviti di kampung parit masta tu taw..
semua pertandingan masuk... tapi tak menang pun....tapi antara geng berenam kami ada yang menang taw...hehe (hasil kerjasama) iya2x lah..time nieh je nak ngaku kan..
bila dah menang kan...kikiki....

antara sukanekanya adalah..

kerusi berirama ( yang nie semua mesti penah main kan?)



tarian...hentam aja la...haha CL tak taw pun..ala2x cm zapin johor sikit...bila suruh orang penang yang ikot...jadi camgini lah...haha..

pijak belon sampai pecah ( nieh paling hampeh CL baru ja masuk gelangang tak sempat nak panaskan badan lagi... tut..tut dah ada orang pijak & pecahkan belon CL...huhu
apa yang penting enjoy!

ok dah... sampai sini aja... ^_^

Sunday, April 10, 2011

Frenz !!! you make me crazy..

kita tahu yang diri kita saja yang ada untuk kita meneruskan perjalanN di muka bumi ini.namum kita TURUT SEDAR KITA tidak bersendirian kerana kita ada seSEorang yang sering menemani kita iaitu sahabat.... yang sentiasa cuba memahami diri kita dan membantu kita..

Baru2x nieh.. CL baru ja bergaduh besar dengan member2x CL.. semua nya berpunca daripada rasa yang tidak puas hati yang telah lama CL simpan...Namun CL tak sangka yang CL boleh marah sehingga tahap yang macAm tu sekali...

Apa yang CL rasa sekarang sangat pelik dan menyesal..tapi bagus juga..sebab segala salah faham CL selama nieh dah terukai...

ya sebagai sehabat kita perlu salin bertolak ansur berterus terang dan memaafi dengan itu setiap hubungan tak akan berakhir dengan mudah malah akan lebih BERTAMBAH erat..

kepada seseorang yang bergelar sahabat.... CL mohon maaf...

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti....kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa.Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,disebalik kesenangannya,mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.

Renungilah... terima kasih padamu sahabatku..maafkanlah diriku kerana selalu silap tafsir terhadap dirimu..maafkan aku jika kamu rasa aku bukan tempat sandar ketika kamu memerlukan..maafkan aku kerana aku tak mampu membantu kamu disetiap masalahmu..maafkan aku kerana aku tidak mempunyai idea yang bernas ketika kamu memerlukan pendapat ku..Hanya satu yang kamu perlu tahu..setiap kali kamu rasa sakit aku turut merasainya... ketika kamu menangis, air mataku turut mengalir, disaat kamu risau aku turut tidak tidor menemani....aku hanya lah insan yang mampu berdiri ditepimu...tanpa kata2x.. itulah aku (CL)