Jarang dan kecil
Apabila terseyum,jelas terpamer barisan gigi yang kecil dan
jarang. Bagi kamu yang memiliki bentuk sebegini dikatakan suka menilai orang
lain.Pasti ada saja yang tak kena pada pandangan mereka tapi yang tak
syoknya,dia sibuk menilai orang lain tapi tak suka orang lain mengkritik
dirinya! Tak patut! Dia juga sukar mengalah,kadangkala mengalah itu lebih baik
apatah jika kamu yang bersalah.. beralah sajalah!
Bersaiz sederhana dan rata
cantik gigi dia,Teratur! Tapi sekali pandang macam gigi
palsu pula. Merupakan seorang yang baik hati dan suka menolong. Bak kata
pepatah, ringan tulang. Sebenarnya mereka ini ingin sentiasa membahagiakan
orang lain.Boleh juga mereka tumpang gembira. Untungnya dapat teman/kekasih
macam mereka kan??
Besar dan jarang
bersifat iri hati dengan kekayaan orang lain. Tak elok mcam
tu. Itukan dah rezeki mereka.Kamu seorang yang keras kepala.Mula la merajuk
kalu kehendak tak dituruti.Tapi awas mereka sanggup melakukan apa sahaja demi
dapat ape yang dikehendaki. Bahaya! Sebagai kekasih/kawan mereka kamu harus
banyak bersabar apatah lagi dengan sikat manja yang dibuat-buat itu.
Jongang dan besar
Wah! Bentebg pertahananya kuat dan kukuh.Mulut celupar mudah mengeluh dan tak pernah puah hati
dengan apa yang dimiliki. Sikap itu juga ada positifnya kerana mudah menempah
kejayaan dan akan sentiasa berusaha tuk jadi lebih baik. Selain itu mereka juga
agresif dan ringan tulang.
Tidak tersusun
Hati budinya cantik! Merupakan teman bicara yang amat
memahami. Tidak rugi menjadikan mereka ini tempat meluahkan rasa dihati kerana
mereka sentiasa mendengar serta berpengetahuan luas biarpun sikapnya
kebudak-budakan kadangkala merimaskan. Selain itu mereka juga pandai membahgiakan
orang lain.
Seperti masuk kedalam
Mereka seorang yang pemalu dan suka menyembunyikan sikap
sebenar diri mereka tapi mereka agak pasif.Namum sebenarnya mereka bijak.
Selalunya mereka bersikap pendiam dan tidak begitu pandai bergaul dengan orang
lain. Selain itu mereka juga pandai meyimpan rahsia kecuali kepada orang yang
benar-benar telah meraih kepercayaan mereka.
Kecil dan tersusun
Selalunya berwajah keanak-anakan dan tampak semakin menarik
dengan gigi yang kecil. Suka menolong orang dan boleh dipercayai percakapan
mereka. Aduhai! Untunglah sape yang da kekasih cmni kerana mereka seorang
kekasih yang hebat!
bila gigi sihat, senyuman pun menawan... betul?? |
Comments