Apabila kita asyik duduk termenung memikirkan nasib diri di sini.. Merenung jauh mereka disana hidup penuh keseronokan dan kegembiraan..Namun, kita masih tak sedar tentang hakikat erti kebahgian yang sebenar-sebenarnya..
Ramai orang…
Tersalah sangka tentang maksud ketenangan dalam hidupnya selalu orang mengaitkan ketenangan itu…Mengaitkan ketenangan itu dengan faktor harta….Dengan faktor kekayaan..walaupun itu boleh menjadi penyumbang..
Tetapi itu bukan segala-galanya..betapa ramai orang yang berada dalam rumah yang besar..Tidur diatas katil yang empuk..tetapi dia tidak lebih enak ataupun lenanya tidak nyenyak.. Bahkan ada orang yang tidur di pondok buruk…kadang-kadang dia lebih lena dari kita
Ada orang yang berada di hadapannya hidangan yang hebat…lauk pauk yang bagus..tetapi lidahnya tidak enak…Lebih enak lagi orang yang makan kadang-kadang dengan satu dua mata lauk…Tetapi dia lebih sedap dan selesa makannya..
Kata Hamka, lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat..Semua orang sangka kalau orang itu ada rumah besar…ada makanan yang sedap tentulah hidupnya bahagia dan tenang..
Belum tentu !
Tiada siapa yang mampu menghalang ketetapan Allah SWTJika Allah hendak memberikan kebahagian kepada seseorang…Dia tidak boleh daitahan oleh apa-apa tangan sekalipun..
Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang…dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun..
Jika Allah uruskan urusan kita…dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita…walaupun sekelip mata..Dunia boleh bebuat apa-apa, tetapi meraka tidak boleh mencabar kebesaran Allah
Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas..kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah.
Apa yang orang rasa rugi…Allah akan memberikan keuntugan yang mana..jalan-jalan manusia tak sangka tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan
Apabila kita asyik mengeluh setiap kali ditimpa musibah..Tengoklah dunia ini…kadang-kadang manusia hilang suatu benda ini daripada dunia..Kadang-kadang macam hilang segala-segalanya, berapa banyak dalam hidup kita yang kita telah melalui keperitan hidup? Cuba ingat? Ketika kita kena keperitan kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya. Tapi hari ini Allah telah keluarkan kita berada dalam keadaan yang baik. Ketika kita ditimpa musibah tertentu.. kita kata, “Habislah aku kali ni” tetapi usia kita telah berjalan. Kita masih lagi hidup , makan dan menikmati kurniaan hidupan ini.
Ketika kita kata, “Ya Allah tolonglah aku ya Allah tolonglah aku, aku susah ya Allah” Hari ini kita telah pun lupa akan perkataan itu dan kita kadang-kadang lupa untuk bersyukur..diatas pelbagai ranjang hidup yang telah Allah keluarkan kita daripadanya..
All-Imran (3) : 173 – Orang-orang yang diberitahu kepada mereka… “Nun orang ramai sedang berkumpul untuk ambil tindakan kepada kau”, kata Allah iman dia tambah. Bukan kita kata , “Pasal apa lah Allah benci aku? Apalah dosa aku?
Tidak-tidak!
Kata Quran iman mereka bertambah,mereka kata…”cukuplah bagi kami Allah dialah sebaik-baik tempat diserahkan urusan”
Pengalaman sering memantangkan kita….
Siapa yang tidak melaluinya tidak akan memahami maksudnya. Orang-orang yang pernah hidup dan bertawakal..dia akan mengetahui tentang keajaiban bertawakal. Bila hati insan bulat kepada ya rabb… “Ya Allah aku serahkan urusan ini kepada Mu ya Allah”
Kita sering Lupa kita masih punya kehidupan di akhirat…
Apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat…dia akan merakan dunia ini sangat kecil kehidupan ini sangat luas, Nabi sebut di dalam Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim.. Allah bawa pada hari akhirat, manusia yang paling derita dalam dunia ini.. Allah ambil dia…Allah masukkan dia ke dalam syurga..kemudian dikeluarkan…Lalu ditanyanya.. “Wahai fulan adakah kau pernah rasa derita dalam hidup?” Dia kata, “tak! Aku tak pernah derita pun dalam hidup ini” Hanya kerana masuk sekelip mata di dalam syurga,lupa segala cerita derita. Allah ambil manusia yang paling nikmat dalm dunia ini. Segala yang nikmat Allah masukkan dia secelup sahaya ke dalam neraka, lalu dikeluarkan dia.. “ “Pernahkan kau merasai nikmat dalam hidup ini?” “Tak! Aku tak pernah ada nikmat pun dalam hidup ini” Hanya kerana satu celupan sahaja ke dalam neraka…manusia hilang ,lupa segala kisah nikmat dalam hidupnya.
Masihkan kita teringat akan nikmat yang Allah berikan selama ini? Kita selalu nak bersyukur kalu kita diberi benda baru…dan kita lupa bahawasanya apa yang ada pada kita ini…satu nikmat yang besar… satu Hamba Allah yang patah kakinya…yang dia tak pernah pun sebut,dulu barangkali tak pernah teringat tentang nikmat kaki yang setiap hati dia pijak..Tapi apabila satu hari dia sakit kaki… Dia kata “Ya Allah bagilah balik kaki aku, sembuhkanlah balik” dia tahu besarnya nikmat kaki,tangan, nikmat sihat.
Kata Hamka, “Yang ada ini sudah harapan kita” tapi insan bukan salah untuk mengharapkan yang belum ada…tetapi jangan telah ada!
Bersyukurlah wahai diri ini…
Sebab itu sebahagian para sarjana menyebut…syukur kadang kala lebih tinggi makamnya daripada sabar,Ramai orang terpaksa sabar…tapi belum tentu orang yang dapat nikmat itu bersyukur. Bila dia susah, nak kata apa? “ Sabar je la, nak buat apa”. Tapi untuk jadikan orang yang memiliki harta seperti yang kita ada…syukur diatas nikmat.. “Ya Allah apa sahaja yang aku Alami…daripada nikmatMu daripada Kurniaan daripada sesiapa di kalangan hambaMu… Tidak ada daripada sesiapa melainkan daripada Engkau wahai Tuhan…bagi Engkaulah pujian,bagi Engkaulah kesyukuran” Subhanallah,insan jika dia nak bersyukur kepada Allah, tak terdaya…
Ibrahim (14) : 34 – jika kamu hendak menghitung nikmat Allah, kamu tak mampu,
bila kita mellihat secara keseluruhan…kita akan rasa Masyaallah hidup ini…Apa yang Allah kurniakan kepada kita…lebih daripada harapan kita semua, kalau kita ingat dari hari kita dilahirkan,tempat dilahirkan,rumah kita dilahirkan, sehingga tempat kita ada pada hari ini. Masyaallah…Tak dapat nak diucapkan berapa kali nak sebut pun tak mampu.
Pesanan Nabi Buat umantnya… At-Taubah (9) : 40 – ketika orang-orang yang kafir itu mengeluarkan dia..Ketika dia salah seorang daripada dua, dia dan Abu Bakar… Yakni Nabi dan Abu Bakar, Ketika mereka berada di dalam gua (sewaktu peristiwa hijrah). Ketika dia berkata kepada sahabatnya… “Jangan bersedih, Sesungguhnya Allah bersama Kita!”
Comments
Subhanallah artikelnya bermanfaat khusnya tenatngkebahagiaan yang sebenarnya, sungguh itu adalah surganya bagi mereka orang-orang yang bertakwa kepada Allah. terimakasih sahabat sudah berbagi ilmunya, salam ukhuwah.
kalau kaya bagaimanapun tak semestinya hidup bahgia kekadang macam2 dugaan..