Tuesday, April 20, 2010

i love u Adamaya..

Drama-drama melayu sekarang telah menbuat CL jatuh cinta kepada si Adam.. CL susah la juga nak minat cerita melayu nieh...sebab lebih suka kepada cerita animasi like Harry Potter...cerita pertama yang CL minat adalah syurga cinta..2nd cerita Nur Kasih > heronya juga bernama Adam..belum habis jatuh cinta dekat adam Nur kasih sekarang ada Adam baru mencuit hati CL..dalam cerita Adamaya..S0 CL nak cerita sikit tentang drama Adamaya nieh..


Drama Adamaya mempunyai 23 episod sahaja yang di adaptasikan dari Filem popular iaitu “I’m Not Single”
Drama arahan Feroz Kadir ini diteraju oleh Hussein Ruffedge sebagai Adam dan Lisa Surihani sebagai Maya..so dari situlah timbulnya Adamaya tu…

ADAM + MAYA = ADAMAYA

Pelakon-pelakon lain yang juga terlibat dalam drama ini juga ialah Faizal Yusup, Diana Amir, Hamidah Wahab, Puteri Mardiana, Dian P.Ramlee, Mustapha Kamal, Hafizudin, dan ramai lagi.

Sinopsis Adamaya …

Ia mengisahkan Adam dan Maya dijodohkan keluarga masing-masing atas sebab yang kukuh. Selepas kahwin, Adam membawa Maya berbulan madu di kabin kegemarannya di kawasan pendalaman untuk mengenali Maya lebih dekat lagi.

Barulah Adam tahu isterinya suka berjalan dalam tidur dan rasa bertanggungjawab menjaga keselamatan isterinya walaupun Maya tidak menyukainya. Bagaimanapun, Adam sedar bulan madu mereka bukan hanya berdua, tetapi ada orang ketiga, Dani yang sentiasa mengintip mereka.

Dani adalah kekasih Maya di universiti dan dia sering mendesak Maya meninggalkan suaminya, tetapi Maya enggan kerana babitkan keluarga. Adam pula melayan Maya dengan baik. Beberapa tahun berlalu, mereka bahagia dengan kehadiran anak lelaki berusia empat tahun namun rumah tangga Adam dan Maya bergolak dengan kehadiran Dani yang berusaha pelbagai cara untuk mendapatkan Maya. Dani juga sanggup menceraikan isterinya kerana cintanya pada Maya. Nak tahu ending cerita nieh..tunggu @tv3..hehehe~

OST I’m Not Single – Yang Terindah nyanyian Dakmie masih lagi menjadi OST Adamaya.

Sesape nak mp3 lagu nieh leh klik kat nama lagu di bawah..

Free Download Mp3
Ost Adamaya – Yang Terindah.mp3

Lirik Ost Adamaya – Yang Terindah – Dakmie

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jikaku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah


Dari youtube > erm tak da video pun..just tuk dengar jerk..

p/s :- jika ada ganguan untuk degar lagu nieh disebab lagu page blog nieh..sila ke bawah untuk 'stop' or muet kan lagu blog buat sementara waktu.. (^_~)V

14 comments:

Bieaz said...

Wahhh....tengok cita nie ek :)
Bie xtengok cita nie Huhuhu~~~

qamarguyz said...

salam ziarah..
huhu..
da lama tak teng0k drama melayu skrG..asyik hadap tenet jew.. best ek? =)

MrsLove said...

~> bie
he~cuba la tengok...sekarng cerita nieh maya dah mula suka kat adam...pastu menolak cinta dani (kekasih nya)dan beritahu dia sygkan suaminya adam..maya pun dah mengandung..
bagi CL best jerk..sebab cerita cinta 3 segi..macam2 lah..he~


~> Azrai
best sebab dalam cerita nieh adam sgt romentik dan cuba memikat hati isterinya maya walaupun maya tak suka..pastu ada ganguan dari dani kekasih maya..yang asyik2 suruh maya mintak cerai dengan adam..

UglyPooh said...

kdg2 suke tgk jugak citer ni. kalau balik awal la keje. huhu..

MrsLove said...

~> ugly pooh
he~ya ke..CL bernasib baik sebab balik keje kul5..kalu keja byak pun..berusaha gak balik sebelum cite nieh start..ala kalu terlepas pun leh tgok @TV3 on9...kan??

Hadi Hazman said...

aik...start cintan dah ni...de apa apa ke ni..ahaks....

MrsLove said...

~> peninjau Dunia.

hehe..suka adam aka Hussein watak dalam cerita nieh cm sesuai sgt gan dia....

budakhitam said...

rugi betul tak ade tv ni

sal ya said...

bukan ke anak dia perempuan? amani kan?jrg tgk tp kalau tertengok tau jgk la ceritanya.

MrsLove said...

~> budakhitam
erm nape xda tv??tapi leh ja tgok on9 x web tv3..CL pun kalau terlepas kan..web Tv3 la..Cl terjah..hehe

~> anisalya
erm..yup ank dia girls... comey kan..jalan cite sekrang nieh kat tv..rumah tanggan dowang cm nak tergugat ja..Dani dah mula kacu2 maya balik..

SheyPull said...

best ke adam maya niew?
ish2...asik2 name adam...:)
nape x adam ngan hawa jew...
jadik ADAMHAWA..:)

MrsLove said...

~> shey pull
-best2 sesagat..tapi semalm rasa x best sebab dani dah mula buat hal..benci dani...
-tue la..cite melayu sekarang smua nak guna nama adam ja sebagai hero..hehe tapi ok ja kan nama tuh..
-erm betul2..tapi nanti sama lak gan cerita puteri bunian tuh (kalu tak salah la) adam hawa kan??

yaya said...

personally bagi sy cte ni kurang best la.
tu bagi sy la.. tp xtengok abis lagi. kalau die wat smbungan kepada cte im not single terus mst lagi best.

MrsLove said...

~>yaya
semua org ada minat msing2..
myb sebab CL suka pelakon2 nya..
sebab tu suka sgt cite nieh ^_^