Friday, February 5, 2010

My birthday.. on Friday


Hari nie happy ja..walaupun tak da ape yang special..tapi ntah la..rasa syukur sangat masih sihat, ada lagi didunia nie & masih menpunyai harapan untuk dicapai...impian masih teguh nak sambung study kat uthm..hope sangat.

Memandangkan birthday saya tahun nie jatuh pada hari jumaat. So saya nak cite cikit ape ada pada hari jumaat :- okey :)


Hari Jumaat merupakan hari ke-5 dalam seminggu dan terletak antara khamis dan sabtu . Perkataan Jumaat itu berasal dari Bahasa Arab, yang bermakna banyak/ramai. Hari ini dinamakan Jumaat kerana pada hari ini orang-orang islam akan berkumpul dan mengerjakan di masjid beramai-ramai pada waktu tengahari bagi menggantikan solat zohor. Bagi mereka, hari ini merupakan hari yang paling istimewa.

Di Malaysia, hari Jumaat merupakan hari kelepasan am/hari bekerja bagi negeri kedah, kelantan dan terengganu. Sesetengah syarikat mengamalkan hari berpakaian bersahaja asalkan segak pada hari Jumaat, sebaliknya pada hari-hari kerja yang lain, semua kakitangan dikehendaki berpakaian lebih formal. Ini adalah kerana bagi syarikat-syarikat yang cuma bekerja selama 5 hari dalam seminggu, hari Jumaat adalah hari terakhir.

Selain itu KIAMAT juga akan berlaku pada hari Jumaat dan akan turut menjadi sejarah pada umat manusia di dunia ini.

Ada sesetengah dr kita yg masih tak tahu dan tertanya2 kenapa orang selalu bernikah pada hari Jumaat. Ini jawabannya.

Peristiwa - peristiwa yang belaku pada Hari Jumaat

1. Pernikahan antara Adam dan hawa
2. Pernikahan antara yusof dan zulaikha
3. Pernikahan antara Nabi Musa a.s dan Shafura binti Nabi syuaib a.s
4. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan khadijah khuwailid.
5. Pernikahan antara nabi sulaiman a.s dengan Ratu balqis dari negeri Saba'
6. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar.
7. Pernikahan antara Ali bin Abi Talib r.a dengan fatimah az-zahra